2013- Twenty Eight

Assalamualaikum w.b.t


"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. - Imam Syafie"

tetiba rasa tangan ni gatal nak menaip. ya, otak aku tepu. sangat tepu. sampai kan ape orang cerita dekat aku sekarang aku akan jawab dengan lambat. kenapa aku ceni? aku pun tak sure -.-

kalau dekat dalam kelas lagi lah. Ya Allah, nape lah aku ni. hurm, ya, semua orang kata dunia U ni lain. Ya, sangat lain and aku tak biasa. Tapi aku buat-buat kuat. Sampai aku menangis sebab tak tahan. Emo je lebih aku ni. tapi seyes. kenkadang aku tgh focus tetiba ade mamat celah bedah mane tah dok nak becakap ngan aku. Hishhhh.

Lecturer pulak semua cakap BI. Ade sesikit jea depe selit BM. Mcm mane aku nak buat centuu? Aku ni lambat pick-up sikit BI-BI ni. Kalau kengkawan aku yang cakap aku boleh lah tangkap sebab cara depe cakap semua cam aku. Rojak. Bantai lecturer yg cakap. Tak nganga aku? Time akaun lagi lah. Aku dulu sekolah akaun BM, sekarang BI. Tak menggagau? Bila dia terang BM baru aku faham. Kalau idok? Terkontang kanting aku. Hurm. Pity for me.

Ya, aku berpegang dengan kata-kata Imam Syafie yg aku quote kan kat atas tuu. Kalau aku taktahan, bodoh lah aku. Takpe,takde ape yang mudah kan? Semua susah. Takdenya hidup ni Allah ciptakan dia pandai semulajadi. Kan? So, bila korang rasa korang paling bodoh, korang jangan g pandang belakang lagi, jangan g banding dengan orang belakang,

"Ala, ada lagi yang lagi bodoh dari aku" 
"ala, mamat/minah tuu lagi bodoh dari aku" 
"lek ah, bukan aku sorang jea yang bodoh, ramai lagi"

kalau korang still fikir centuu, sampai bila korang tak maju, fikir,

"aku nak jadi macam dia" 
"seronoknya kalau pandai macam dia" 
"aku nak dekan" "aku nak atasi dia"

ha, sometimes we need motivated our self. ni duk asyik rendah diri, bila nak tinggi nya? Syed selalu pesan dekat aku, positive thinking, avoid negative. positive, you can do it.

ya, tak semua ape yg kita buat tuu membuah kan hasil, tapi at least kita cuba. kan? ha, ni, kalau dah tahu diri tuu macam kurang cerdik serupa macam aku ni, study lah sebelum masuk kelas. Lecturer aku selalu bagitau, next class dia nak ajar ape, so senang lah aku nak study. takdelah tercengang jea. otak tepu.

okay. done membebel. byebye. as salam :*
xoxo; Tapai

1 comment :

Nur Aqilah said...

positive thinking, avoid negative. positive, you can do it.
suka ayat nie. think positive dear. :)
anda di tag. jom join. 15 pemenang dicari.
http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/06/segmen-2-in-1-by-hanis-masturina.html